6 Cara Mudah Elak Muka Berjerawat

Jerawat di muka, terutamanya jika ia tumbuh dengan banyak boleh menyebabkan seseorang individu hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang.
Kulit muka berminyak sering dikatakan antara punca utama masalah jerawat namun mungkin ramai juga yang tidak sedar bahawa cara penjagaan kulit wajah juga penting untuk memastikan muka bebas jerawat. Kulit wajah yang sering terdedah kepada cahaya matahari dan pelbagai kekotoran contohnya debu dan asap boleh menyebabkan masalah jerawat menjadi sukar dikawal jika tidak mengamalkan kaedah yang betul semasa mencuci muka.

Sumber gambar: http://livehdwallpaper.com/muslim-girls-wallpapers-hd-pictures/
Di bawah ini dikongsikan dengan anda rahsia kecantikan muka bebas jerawat. Jika anda seseorang yang mementingkan kebersihan wajah atau memiliki kulit wajah yang sensitif, kami syorkan agar anda ikuti tips di bawah ini.
6 Cara Mudah Elak Muka Berjerawat
Muka Bebas Kotoran – Anda perlu pastikan yang muka anda sentiasa bebas dari kotoran dan minyak. Kerap mencuci muka terutamanya selepas bangun setiap pagi, selepas pulang dari tempat kerja dan juga sebelum tidur.
Kurangkan Penggunaan Alat Solek – Sebolehnya elaklah meletakkan solekan yang terlalu tebal di muka. Foundation dan juga bedak compact akan menyumbatkan pori-pori dan membuatkan jerawat lebih mudah tumbuh. Jika anda mempunyai masalah muka berjerawat, eloklah anda gunakan bedak yang sesuai untuk kulit bayi.
Elak Makanan Yang Berminyak – Seperti yang sudah diketahui, punca jerawat adalah kerana masalah kulit muka berminyak. Jadi untuk mengatasi masalah kulit berminyak, seeloknya anda elak dari mengambil makanan yang mengandungi minyak yang berlebihan contohnya seperti makanan bergoreng, makanan berlemak dan juga kekacang.
Rawat Dengan Madu – Madu cukup terkenal dengan khasiatnya dan memang berkesan untuk merawat kulit wajah. Antara khasiat madu untuk kulit adalah mengurangkan keradangan atau infeksi. Jika kulit anda bermasalah jerawat, cuba perawatan menggunakan madu. Caranya anda perlu cuci muka dengan air yang bersih dan lap kering. Lepas itu sapukan madu ke seluruh bahagian muka. Pastikan madu yang asli ya. Biarkan di kulit wajah untuk setengah jam dan selepas itu bilas hingga bersih. Amalkan secara kerap untuk melihat hasilnya.
Lebihkan Makan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran – Buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar memang tinggi dengan kandungan nutrisi dan zat yang diperlukan untuk tubuh badan kita. Nutrisi yang terkandung dalam sayur-sayuran dan buah-buahan segar mempunyai vitamin-vitamin untuk kecantikan dan kesihatan kulit antaranya seperti buah tomato, buah lemon, buah limau nipis dan sebagainya.
Minum Air Secukupnya – Pengambilan air kosong dalam kuantiti yang sepatutnya iaitu lebih dari lapan gelas air sehari memang membantu untuk menghidaratkan semula kulit dan mengurangkan masalah jerawat kerana air akan menyingkirkan toksin dari dalam badan. Kulit bukan sahaja akan kelihatan segar tetapi juga lebih sihat.

Jika anda mempunyai masalah wajah berlubang disebabkan parut jerawat, anda boleh cuba gunakan produk krim Profix. Krim ini terbukti berkesan dengan pelbagai bukti testimoni. Dapatkan profix disini.

No comments

Powered by Blogger.