Mahu Body Cantik Luar Dalam? Cuba Petua Tradisional Dengan 3 Bahan Ini

Body Cantik Luar Dalam Dengan 3 Bahan Ini. Orang perempuan memang perlu sentiasa kelihatan cantik dan menarik, terutama sekali buat para isteri. Isteri yang cantik akan menggembirakan suami, malah anak-anak juga suka bila Mama mereka sentiasa nampak cantik dan menarik. Tanyalah mana-mana wanita, siapa yang tak mahu body yang cantik luar dan dalam.

In Sha Allah, dalam blog post ini saya akan kongsikan satu tips dan petua mudah untuk mendapatkan body cantik, menarik luar dan dalam, hanya dengan menggunakan tiga bahan semulajadi. Tak perlu banyak belanja untuk beli produk kecantikan, sebab ada cara lain yang boleh anda buat di rumah...

Mahu Body Cantik Luar dan Dalam. Ikuti Tips dan Petua Dengan 3 Bahan Ini
Ok, sebenarnya tips dan petua ini telah dikongsikan oleh salah seorang usahawan wanita yang memang cantik rupawan, iaitu Puan Nureeman Ramli. Perkongsian tips beliau di laman Facebook telah mendapat reaksi yang sangat baik daripada Facebooker. Ianya telah dikongsi hampir 10K shares, dan mendapat lebih 2000 likes.

Berikut adalah perkongsian dari Puan Nureeman Ramli, untuk wanita yang mahukan body cantik luar dan dalam.... huhu... resepi tradisional body cantik luar dalam ini telah beliau peroleh dari seorang kenalan berbangsa Cina yang menurutnya memang mempunyai potongan badan yang cantik menawan.

Apa yang diperlukan adalah 3 bahan semulajadi ini iaitu Lemon, Halia dan Bawang Putih.

Cara Penyediaan
1.Potong halus 3 bahan berikut:
  • 3 biji lemon (jgn buang kulit) potong
  • 3 labu bawang putih bukan 3 ulas yer (buang kulit) potong
  • 2-3 inci halia (buang kulit) potong

2. Campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air
3. Rebus selama 6-8 jam (slow cooker) 


4. Sejukkan dan blend (akan jadi pekat macam pati)
5. Tapis atau tak terpulang. sy tak tapis
6. Lepastu dah boleh minum

Cara Minum
Setiap pengambilan ambil 2 sudu campur madu 1 sudu. Ambil waktu pagi sebelum breakfast (perut kosong) dan waktu malam sebelum tidur, selebihnya simpan dalam peti ais dan amalkan setiap hari.

Kelebihan/Khasiat
  1. Nak kurus
  2. Perut kempis
  3. Buang toksin
  4. Buang air jadi lawas
  5. Untuk dalaman wanita
  6. Buang angin
  7. Badan ringan

Menurut Nureeman Ramli lagi, lemon yang dibeli mestilah lemon tempatan, dan elak beli daripada yang diimport kerana khuatir telah disembur dengan bahan kimia. Untuk elak rasa pahit, campurkan dengan madu asli.


Mungkin ada yang risau mengenai bau bawang, tapi menurut beliau, bau bawang akan hilang setelah dicampur dengan bahan-bahan lain. Tips ini juga boleh diamalkan untuk ibu yang breastfeeding. Apabila minum, badan akan terasa lebih ringan dan kemungkinan mereka yang mencubanya akan jadi ketagihan.

Ok tu ... kepada semua rakan pengunjung dan pembaca, anda bolehlah mencuba tips dan petua yang telah diberikan ini ye ... ini petua tradisional, in Sha Allah akan beri kesan yang baik .. nak body cantik, lentik, menawan luar dalam .. bolehlah amalkan.





No comments

Powered by Blogger.