4 Petua Menghilangkan Parut Secara Tradisional



Kesan parut terutamanya di bahagian wajah boleh menjejaskan penampilan seseorang dan membuatkan sesiapa saja berasa rendah diri dan kurang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai.

Dalam artikel ini, QalishProfix akan kongsikan punca yang menyebabkan terjadinya parut pada kulit dan juga petua-petua dengan menggunakan bahan semulajadi untuk menghilangkan kesan parut.

Parut biasanya terbentuk melalui proses penyembuhan luka di bahagian kulit, ini termasuk parut jerawat, parut kesan luka, parut akibat pembedahan ataupun mungkin parut dari kesan terkena minyak panas atau kesan kebakaran.


Parut mengambil masa yang lama untuk hilang sepenuhnya malah ada juga parut yang akan terus kekal di bahagian kulit terutamanya parut yang bersaiz besar seperti parut pembedahan atau kebakaran.

Selain rawatan moden, ada juga rawatan alternatif yang lebih murah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk menghilangkan parut. Kami kongsikannya untuk anda.

1) Kayu Manis
Ambil sedikit kayu manis dan tumbuk atau kisar sehingga menjadi serbuk. Ambil sedikit serbuk dan tambahkan dengan sedikit air kemudian sapukan ke atas bahagian kulit yang berparut. Untuk hasil yang lebih berkesan, tambahkan sedikit bedak sejuk.

2) Kulit Pisang
Kulit pisang juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Gosokkan sahaja kulit pisang ke kawasan kulit yang berparut. Amalkan secara kerap sehingga parut sudah tidak kelihatan.

3) Kacang Hijau
Kacang hijau juga mempunyai khasiat tersendiri dalam rawatan kulit wajah. Caranya anda perlu kisarkan kacang hijau sehingga ia menjadi serbuk. Campurkan dengan sedikit air dan sapukan ke kawasan kulit yang berparut. Amalkan setiap hari untuk melihat hasilnya. Serbuk kacang hijau ini juga boleh dijadikan masker untuk merawat kulit wajah yang berjerawat.

4)  Lidah Buaya
Daun lidah buaya (Aloe Vera) juga mempunyai kebaikan yang tersendiri untuk merawat kulit yang berparut. Anda hanya perlu sapukan lendir daun lidah buaya pada bahagian kulit yang berparut. Amalkan setiap hari.


Pilih salah satu petua yang mudah untuk anda amalkan secara konsisten. Walaupun penggunaan bahan semulajadi secara lazimnya selamat untuk semua jenis kulit, ada juga jenis kulit yang terlalu sensitif dan mungkin akan terjadinya alergi. Jadi hentikan amalan mana-mana petua sekiranya kulit anda mula menunjukkan tanda-tanda seperti gatal-gatal atau kemerah-merahan.

Semoga perkongsian artikel Petua Menghilangkan Parut Secara Tradisional bermanfaat untuk anda.


Produk cadangan untuk menghilangkan parut kesan daripda bekas jerawat atau msalah muka berlubang, klik Qalish Profix



No comments

Powered by Blogger.