6 Kelebihan Teh Hijau untuk Kecantikan Anda

Teh hijau merupakan salah satu jenis teh yang dibuat dari daun teh Camellia Sinensis yang dipetik dan mengalami proses pengeringan untuk mencegah oksidasi.

Teh hijau kaya dengan antioksidan, sehingga teh hijau mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan tubuh. Selain itu, teh hijau juga mempunyai kandungan vitamin, saponin, theophyline, theobromine dan dapat melawan jangkitan serta membantu menjaga agar suhu badan tetap optimal.

Manfaat teh hijau bagi kecantikan adalah untuk melambatkan proses penuaan, mencegah kedutan, mencegah kanser, melindungi kulit dari sinaran matahari, mengatasi jerawat, dan lain-lain. Anda dapat mencuba menggunakan teh hijau dengan 2 cara, iaitu dengan cara diminum dan dengan menggunakan hampas teh hijau.

Manfaat Teh Hijau Untuk Kecantikan


Bagi anda yang ingin mencuba beberapa kelebihan teh hijau untuk kecantikan wajah dan kulit, baca artikel dibawah.


Teh Hijau Untuk Mengatasi Jerawat Dan Kulit Berminyak

Bagi anda yang mempunyai masalah dengan jerawat dan kulit berminyak, anda dapat mencuba untuk menggunakan teh hijau untuk mengatasinya. Caranya adalah dengan menuangkan teh hijau pada acuan ais, lalu simpan ke dalam peti ais. Kemudian setelah membeku, usapkan teh beku tersebut pada kawasan muka setiap hari secara perlahan dan merata.

Biarkan hingga mengering dengan sendirinya. Manakala untuk mengatasi masalah jerawat, anda dapat mencubanya dengan menekan lembut jerawat dengan beg teh atau dengan cara membuat masker dari daun teh yang dicampur dengan putih telur.


Manfaat Teh Hijau Untuk Mencegah Nafas Berbau

Teh hijau mengandungi anti bakteria semula jadi yang dapat membunuh bakteria hidup di dalam mulut sehingga menyebabkan nafas berbau. Anda dapat mencuba hilangkan bau mulut dengan menggunakan teh hijau dengan cara berkumur-kumur dengan teh hijau atau dengan meminum seteguk teh hijau untuk membantu mencegah bau nafas.


Menghilangkan "Eye Bag" Dengan Teh Hijau

Bagi anda yang memiliki masalah dengan kantung mata atau mata panda akibat kurang tidur. Anda boleh cuba untuk menghilangkan masalah tersebut dengan cara merenah teh hijau dengan air panas selama 10 minit, selepas itu letakkan ditepi kemudian simpan ke dalam peti ais.

Celupkan sepotong kapas ke dalam larutan teh tersebut dan tempelkan pada kelopak mata selama 10 minit. Selain itu anda juga dapat mencuba dengan cara yang lebih praktikal iaitu dengan menggunakan bekas beg teh celup yang sudah disejukkan di dalam peti ais.


Teh Hijau Melindungi Kulit Dari Sinaran Matahari

Bagi Anda yang sering melakukan aktiviti di luar rumah dan sering terdedah kepada sinaran matahari. Anda boleh melindungi kulit dengan memakai teh hijau. Caranya adalah dengan menjerang 2 sudu makan daun teh, lalu biarkan hingga sejuk.

Setelah sejuk, tapis air teh dengan menggunakan kain yang lembut. Selepas itu gunakan kain tersebut untuk menuam bagian kulit yang akan terkena sinaran matahari. Biarkan hingga mengering. Sebaiknya lakukan peroses ini sekitar 30 minit sebelum melakukan aktiviti di luar rumah.


Facial Scrub Dengan Teh Hijau

Anda dapat menggunakan teh hijau sebagai facial scrub untuk melembutkan dan menghaluskan wajah, dengan cara mencampurkan 1 sudu teh dengan air, kemudian gunakan sebagai scrub dan gosokkan dengan lembut pada permukaan wajah. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, elakkan daripada menggunakan cara ini.


Atasi Kulit Kering Dan Lembap Dengan Teh Hijau

Bagi anda yang mempunyai masalah dengan kulit kering, anda boleh cuba mengatasinya dengan cara membuat masker teh dengan campuran oatmel dan lemon. Caranya adalah dengan mencampurkan beberapa sudu air teh dengan beberapa titis jus lemon ke dalam 3 sudu oatmeal. Setelah itu usapkan ke seluruh bahagian wajah sambil diurut ringan dengan gerakan memutar. Kemudian biarkan selama 15 minit, lalu basuh dengan air sejuk.


Itu saja artikel untuk kali ini mengenai kelebihan teh hijau bagi kecantikan anda. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat dan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk kecantikan diri anda.


No comments

Powered by Blogger.