Cara Semulajadi Menurunkan Tekanan Darah Tinggi


Tahukah anda apa itu tekanan darah tinggi? Hypertension atau tekanan darah tinggi adalah sejenis penyakit yang boleh menyerang pelbagai peringkat usia dan gaya hidup.

Antara punca yang menyebabkan seseorang mengalami tekanan darah tinggi adalah:
  • Berat badan yang berlebihan
  • Tidak rajin bersenam
  • Pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam
  • Kurang mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Seorang perokok
  • Kerap minum minuman keras atau alkohol
  • Cara Semulajadi Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Jika anda mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, risiko anda terkena penyakit tekanan darah tinggi akan meningkat. Antara tanda-tanda tekanan darah tinggi adalah:

  • Kesukaran bernafas
  • Selalu sakit kepala
  • Pandangan seolah terasa kabur
  • Kerap berasa seperti hendak pitam

Jika anda mempunyai tanda-tanda tekanan darah tinggi seperti yang dikongsikan di atas ini, elok juga anda dapatkan pemeriksaan lanjut. Pengesanan awal, dapat membantu anda untuk mencari cara merawat penyakit tekanan darah tinggi yang anda alami sebelum ia menjadi penyebab kepada penyakit lain. Seseorang yang mempunyai penyakit darah tinggi yang tidak terkawal akan meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

Selain pengambilan ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor, anda juga perlu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat untuk memastikan kesihatan anda sentiasa berada pada tahap yang baik.


Cara Semulajadi Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Kerap Bersenam
Jadikan senaman sebagai rutin seharian anda. Tak semestinya perlu lakukan senaman yang berat, cukup sekadar anda melakukan senaman ringan seperti berjogging atau sekadar berjalan kaki. Senaman memang bagus untuk kesihatan. Selain membantu meningkatkan penyerapan oksigen, senaman juga membantu memperkuatkan jantung anda dan membantu menurunkan tekanan darah.

Elak Mengambil Makanan Yang Tinggi Kandungan Garam
Pengambilan garam yang berlebihan akan meningkatkan tekanan darah di bahagian arteri. Untuk mengelak dari tekanan darah menjadi tinggi anda perlulah berhenti mengambil makanan yang tinggi dengan kandungan garam, contohnya seperti makanan ringan dan makanan segera.

Amalkan Minum Jus Celery
Jus Celery tinggi dengan kandungan kalium, mineral dan antioksidan yang dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Pengambilan jus celery secara kerap juga dapat membantu melebarkan otot-otot pada dinding arteri untuk melancarkan perjalanan darah.

Lebihkan Pengambilan Bawang Putih
Bawang putih sangat berkhasiat dan membantu menghindarkan darah tinggi. Selain itu ia dapat menghancurkan lemak serta menyingkirkan kandungan kolesterol jahat. Bawang putih juga membantu mengelak berlakunya pembekuan darah yang menjadi penyebab penyakit darah tinggi.

Buah Aprikot Dan Buah Pisang
Kandungan potasium yang ada dalam buah aprikot dan buah pisang membantu menstabilkan tekanan darah. Jika badan kekurangan potasium ia akan mengakibatkan kita mudah menjadi letih. Keletihan yang berpanjangan akan meningkatkan risiko terkena stress. Stress juga dikatakan antara penyebab atau punca seseorang terkena penyakit darah tinggi.


Sumber: notawanita.com

No comments

Powered by Blogger.